Friday, 18 November 2011

Tugu Peringatan

Pada suatu hari, seorang doktor pakar
jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung.
 
Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar.
 
Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. 

"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. 

"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu.

"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawap si doktor itu.

"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu.
 
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut.
 
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sungul...

Wednesday, 2 November 2011

Surat utk Pakwe Pakwe yg k'hilangan Makwe Makwe

Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. 

Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah. Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri.

Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai.

Oh! Terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini. Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.

Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu. Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. 

Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah.  Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Sayang mu,

Wakakaka..